Tips Senaman Kuruskan Pipi Yang Mudah dan Jimat
Pipi yang tembam kelihatan comel untuk kanak-kanak. Tetapi apabila meningkat remaja dan dewasa, tulang pipi yang tinggi ibarat pauh dilayang merupakan impian setiap wanita (mungkin juga lelaki. Opss..). Jadi bersyukurlah masih terdapat lagi beberapa cara yang tanpa mengeluarkan modal untuk memiliki wajah yang runcing.
1. Senaman Muka Ikan
Senaman muka ikan juga dikenali sebagai “Smiling Fish Face” merupakan cara yang paling mudah untuk dilakukan. Boleh dilakukan sambil menonton tv , membaca buku dan mengadap komputer. Senama ini membantu mengencang dan meregangkan otot pipi dan mengurangkan kulit yang menggeleber.
Cara :
- Sedut pipi dan bibir sedalam-dalamnya seperti rajah diatas.
- Cuba untuk senyum dan tahan selama 5 saat dan rasakan tekanan didalam pipi dan rahang.
- Rehat sebentar dan ulang sebanyak 20 kali.
2. Senaman X-O
Teknik ini merupakan salah satu teknik yang lebih mudah untuk menangani masalah pipi berisi. Senaman ini dilakukan dengan menggerakkan rahang sambil menyebut huruf O dan X . Jika cara ini dilakukan dengan betul, ia mampu membakar lemak-lemak di pipi dan mengencangkan otot pipi.
Cara :
- Sebut X dan O berulang kali dengan kuat.
- Pastikan anda menyebut huruf X dan O ini seperti persis seorang guru mengajar anak murid bagi memberi kesan regangan kepada rahang, pipi dan otot leher.
3. Senaman Angkat Pipi (Cheek Lift)
Senaman ini memerlukan anda tersenyum dan menggunakan jari.
Cara :
- Senyum sehingga menyelahkan otot pipi
- Angkat pipi sehingga ke mata. Tahan sehingga 15 saat.
- Ulang sebanyak 15 kali
4. Senaman Tiup Udara (Blowing Air Exercise)
Memberi kesan hampir kesemua bahagian muka dan otot leher. Senaman ini juga sekaligus mampu mengurangkan dagu berlapis dan bukan sahaja untuk menguruskan pipi. Ia mensasarkan pipi, rahang dan otot leher untuk kelihatan lebih langsing.
Cara :
- Duduk diatas kerusi dengan keadaan tulang belakang dalam keadaan tegak.
- Tarik kepala kebelakang perlahan-lahan sambil menarik nafas sehingga muka menghadap siling,
- Bibir dalam keadaan separuh muncung dan tiupkan nafas dalam posisi mulut separa muncung.
- Kekalkan posisi mulut separa muncung sekurang-kurangnya 5 saat.
- Ulang sebanyak 20 kali untuk hasil terbaik.
5. Senaman Gerakan Kumuran Mulut
Gerakan kumuran mulut merupakan senaman muka yang paling ringkas yang mampu meregangkan otot pipi dan mengurangkan pipi menggeleber. Bukan sahaja mampu menguruskan wajah malahan mampu untuk mengurangkan masalah dagu berlapis.
Cara :
- Duduk dengan posisi yang selesa.
- Isikan pipi dengan udara. Tolak-tolakkan udara di pipi kiri ke kanan seperti sedang berkumur.
- Lakukan selama 1 minit dan rehat seketika.
- Ulang sehingga 10 kali
Selain melakukan senaman diatas, beberapa faktor lain seperti pemakanan dan gaya hidup yang aktif dan sihat juga memainkan peranan yang penting. Masalah pipi berisi ini adakalanya berpunca dari masalah kesembapan akibat pembendungan air yang berlebihan didalam badan.
No comments:
Post a Comment